Sedang gua tengah asyik stadi untuk final, tiba-tiba ada satu suara berbisik. "Password blog lu blablabla". Dengan tak semenanya gua cuba login berdasarkan apa yang gua dengar sebentar tadi. Alangkah gembiranya gua setelah dua tahun bersusah payah dan bermaki hamun kerana terlupa password, gua berjaya bukak balik. Gua repeat, terlupa ya. Setelah berjaya mengodek, gua buat pandai itu ini. Jadi hasilnya sangat menakjubkan. Habis hilang segala post-post gua selama ini. Apa ada hal. Bukan orang baca sangat pon. Tak pe, kita start balik ok?
No comments:
Post a Comment