Thursday, June 5, 2014

Seindah bahasa

Jam berdetik menunjukkan pukul 8.30 malam. Mata gua melilau-lilau menahan sinaran lampu pendaflour. Perut mula memainkan rentak berirama menandakan waktu untuk isi full tank. Gua bangun dari tempat beradu, sarungkan seluar jean levi's lusuh, baju kelabu fred perry. Sembur minyak wangi dua tiga barang terus menuju ke bilik member gua, Anuar.

"Wei jum pi beli makan, lapar la", ajakkan padu dari gua.

"Aku makan dah tadi, lewat dah. Kenyang", beliau menjawab.

Dengan mencebik muka, gua blah dari bilik beliau dengan perasaan hampa. Tanpa peduli keadaan sekitar, gua rembat kunci motor beliau dan keluar tanpa menoleh ke belakang.

"Kita tengok, berapa lama hang boleh kenyang", monolog gua sambil menyarungkan topi keledar.

**********

Dalam 100 meter untuk sempai ke gerai tersebut, gua mula menurunkan gear rendah supaya gua tak terlajak masuk ke dalam gerai beliau. Langkah-langkah keselamatan perlu dititik beratkan. Emergency brake dengan menahan dua-dua belah tapak kaki adalah alternative sebagai langkah berjaga-jaga.

"Sreeeeeet...", bunyi brake motor ditekan. Mata-mata yang tadi khusyuk menikmati makanan mula tertumpu pada gua.

"Adikkkk...", sayup-sayup gua dengar suara tersebut. Dia punya "dikkk..." tu mahu patblas harakat gua rasa.

"Lama adik tak datang gerai mak cik, ingatkan sudah habis belajar", pelat siamnya masih tidak dapat disembunyikan.

"Preksa setak dah mak cik. Jarang keluar malam-malam. Ini pun sebab tak tahan lapar", penuh ikhlas dalam menyempunakan baris ayat beliau tadi.

"Nak makan apa? Nasi lemak, nasi minyak, laksam pun ada".

"Owhh, semua ada ye. Bagi ketiau goreng bungkus jela satu", sambil melabuhkan pinggul ke atas kerusi.

"Ok, tunggu sekejap ya".

Dalam menunggu pesanan disiapkan, sempat juga gua mendengar perbualan antara kaum minoriti, bangla sedang rancak berbicara. Sepatah haram gua tak paham. Sesekali mereka memberi sekumtum senyuman yang mana gua rasa gua patut balik awal sebelum apa-apa berlaku.

Mata gua terpaku melihat gelagat satu keluarga melayu yang juga sedang menikmati makanan di gerai itu. Kedian gua tertumpu kepada dua orang budak kecil yang mungkin merupakan anak-anak mereka sedang leka merayau-rayau disekeliling gerai tersebut.

"Cinta, kasih, meh makan nie sayang", teriak perempuan yakni gua syak ibu mereka.

"Ok bonda"

Senyuman sinis terbingkai dimulut gua. Pertama kali gua dengar seorang ibu memanggil anak beliau begitu rupa. Ala-ala zaman P.Ramlee pula rasanya. Alangkah indahnya bahasa mereka. Apa yang gua kagumi lagi, panggilan anak-anak beliau dengan panggilan bonda amat menyentuh sanubari gua dan sampai sekarang gua masih tertanya-tanya, menatang apakah yang dimaksudkan dengan sanubari itu.

"Adikkk, sudah siap", teriak mak cik dengan nada tinggi walaupun jarak antara gua dengan beliau hanya dipisahkan oleh meja.

"Boleh pekak kalau datang hari-hari camni", getus hati  kecil gua sambil menghulurkan sekeping not berwarna hijau.

**********

Selepas dua jam proses menghadam makanan berlaku, gua mengambil keputusan untuk stadi kerana esok final exam salah satu subjek yang dipelajari sejak kecik lagi tapi nakharom nak score tak penah-penah nak dapat.

Sedang gua bersiap siaga untuk mempersiapkan diri demi masa depan, daun pintu bilik gua ditolak seseorang.

"Weh jum pi beli makan, tak pun hang teman aku makan ke, hang makan sekali lagi ke, nak?", Anuar pelawa.

"Gampang"

No comments:

Post a Comment